Penawar penyakit gastrik paling mujarab, cuba amalkan petua meminum campuran biji-bijian ini

Bagi mereka yang pernah mengalami penyakit gastrik, pasti mengetahui bagaimana rasa kesakitan dan pedih di dalam perut itu akan membuat diri berasa sangat tidak selesa, terasa mual, berpeluh sejuk dan ingin memuntahkan segala makanan yang baru dimakan. Gastrik mungkin akan menyerang penghidapnya yang selalu makan tidak mengikut aturan masa, berlapar kerana berdiet dan berpuasa di bulan puasa (bulan Ramadan).

1.Keradangan lapisan mukosa yang melepasi dinding perut

Pada tahap ini ia akan menyebabkan perut kita akan berasa sakit apabila kita sedang lapar, menandakan asid hidroklorik berada dalam kadar yang tinggi di dalam perut.

2.Ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam

Pada tahap ini kita akan berasa sakit dan pedih di bahagian perut selepas kita makan, menandakan terdapat masalah ulser perut atau lapisan mukosa di dinding perut yang sudah menipis.

Sekadar gambar hiasan

Bagi mereka yang akan berpuasa di bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi, jangan pula jadikan alasan gastrik untuk tidak berpuasa, kerana ada cara yang mujarab dan berkesan untuk mengatasi masalah ini. Hendak seribu daya! Penghidap gastrik boleh mencuba mengamalkan petua hasil perkongsian Ustaz Md Rosdi Hasan.

Petuanya amat mudah iaitu dengan menggunakan dua bahan makanan ini sahaja bersama air sebagai minuman seharian iaitu campuran biji selasih dan madu asli. Kedua bahan ini jika diamalkan meminumnya bukan sahaja dapat menyembuhkan penyakit gastrik tetapi juga dapat mengurangkan rasa lapar dan elok juga dijadikan amalan bagi mereka yang ingin berdiet.

Biji selasih terbukti mempunyai khasiat yang tinggi kerana ia mengandungi karbohidrat, Vitamin K, mineral, zat besi dan lemak. Oleh kerana biji selasih kaya dengan kandungan fiber, maka apabila kita memakannya, perut akan cepat berasa kenyang.

Jadi Ustaz Md Rosdi Hasan telah mengajar cara bagaimana untuk merawat penyakit gastrik dengan berkesan dan mujarab, disamping dapat menahan rasa lapar semasa berpuasa wajib kelak seperti berikut :

1.Ambil satu sudu teh biji selasih yang sudah bersih dan rendam di dalam segelas air sehingga kembang.

2.Kemudian masukkan dua sudu besar madu lebah asli ke dalam gelas tadi

3.Kacau sehingga semua bahan sebati dan minum sehingga habis campuran biji selasih dan madu ini. Amalkan setiap hari semasa waktu bersahur

Masalah penyakit gastrik yang dialami pada bulan Ramadan secara beransur-ansur akan hilang, begitu juga dengan rasa lapar. Mungkin selepas berakhirnya bulan puasa, penyakit gastrik anda juga akan sembuh.

Ikuti amalan semasa berpuasa oleh Ustaz Md Rosdi Hasan ini sebagai perkongsian bersama. Selamat mencuba!

Sumber : Ustaz Md Rosdi Hasan / Siakapkeli.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*